Ulasan Buku BADIUZZAMAN SAID NURSI PENERUS PERADABAN INSAN

Faiz, Muhammad (2019) Ulasan Buku BADIUZZAMAN SAID NURSI PENERUS PERADABAN INSAN. Jurnal Jauhar, 3 (2). pp. 77-81. ISSN 2600-772X

[img] Text
BADIUZZAMAN_SAID_NURSI_PENERUS_PERADABAN.pdf

Download (228kB)

Abstract

Buku yang bertajuk “Badiuzzaman Said Nursi: Penerus Peradaban Insan” ialah rangkuman koleksi kertas kerja yang telah dibentangkan dalam siri Persidangan Antarabangsa Pemerkasaan Peradaban Islam Abad ke-21 (ICIC) anjuran Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) pada tahun 2015. Buku ini mengandungi tiga belas bab yang membincangkan isu-isu ketamadunan berkaitan peradaban Islam yang telah dibincangkan oleh Said Nursi, sama ada dalam penulisan atau ceramah-ceramah beliau. Said Nursi sendiri merupakan seorang ulama serta tokoh pemikir terkemuka yang hidup di akhir kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah dan di awal pembukaan kerajaan Republik Turki. Ia dilahirkan pada tahun 1877M di sebuah perkampungan kecil bernama Nurs, Anatolia bahagian Timur, Turki. Said Nursi menghembuskan nafas terakhirnya di Hotel Ipek Palas dan berpulang ke rahmatullah pada 23 Mac 1960M bertepatan dengan 25 Ramadan 1379H pada usia 83 tahun. Jenazahnya kemudian dikebumikan di permakaman Halilurrahman Dergah, kompleks perkuburan Nabi Ibrahim a.s. di wilayah Urfa.

Item Type: Journal Article
Subjects: 22 PHILOSOPHY AND RELIGIOUS STUDIES > 2204 Religion and Religious Studies > 220403 Islamic Studies
Depositing User: Muhammad Faiz
Date Deposited: 24 Jul 2020 10:04
Last Modified: 24 Jul 2020 10:04
URI: http://digilib.uinkhas.ac.id/id/eprint/633

Actions (login required)

View Item View Item